in , ,

Mencari Juara Deklamator

Ikuti kupasan topik ini dalam episod 3 Silang Kata Podcast

 

Sejak tahun 1987, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan telah diadakan secara konsisten saban tahun, menobatkan seorang juara di peringkat kebangsaan.

Tahun ini tidak terkecuali, apabila Tuan Aqi Azmi dari negeri Perak telah dimahkotakan sebagai juara di antara juara.

Di dalam episod kali ini, kita berbicara dengan beliau mengenai perjalanan beliau bermula sebagai seorang deklamator.

Sebagai seorang dari bidang kejuruteraan, bagaimanakah perbezaan tersebut melorongkan minat beliau ke arena deklamasi puisi? Paling berharga, apabila Tuan Aqi turut berkongsi tip dan panduan mendeklamasian puisi.

Silang Kata Podcast juga telah menghubungi wakil penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan 2020, iaitu Tuan Zaifulnizan Haji Wagiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rumusan mengenai penganjuran tahun ini, di dalam norma baharu.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel s[email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast.

Penerbit: Azree Ariffin

Tetamu: Aqi Azmi & Zaifulnizam Wagiran

 

PENGHARGAAN

Logo : Saharil Hasrin Sanin

Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd).

Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar

Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah

Dengarkan sekarang!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Here’s How You Can Catch the ‘Anugerah Lagu Indie’ Finals Happening Tonight

The Gendang Weekly Digest #23