in , ,

Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi

SILANG KATA PODCAST kembali dengan musim kedua. Kali ini, dengan beberapa perubahan bagi menjadikan setiap episod segar dan mengujakan.

Gendang.com.my juga berbangga untuk menjadi rakan kerjasama bagi musim ini, yang turut mendapat sokongan sekretariat KL BACA sebagai salah satu daripada aktiviti ibu kota buku dunia 2020.

Dalam pembuka tirai musim kedua ini, SILANG KATA PODCAST menjemput Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi sebegai tetamu.

Antara yang dibincangkan bersama peneraju Azree Ariffin adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif.

Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi.

Dengarkan sekarang!

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

The Writer’s Block Myth (A Modern Talking Tale)

Reviu | Surat-Surat Untuk Kaherah (Maisarah Mansor)