in ,

Reviu | Langit Yang Jatuh (Saufi Tahir)

Manuskrip yang Ditolak adalah Sebuah Proses

Bagi mereka yang beranggapan bahawa olahan sesebuah puisi itu amat merumitkan, ianya tidak akan dimotivasikan dengan membaca buku koleksi puisi penulis muda, Saufi Tahir melalui buku keduanya ‘Langit Yang Jatuh’ (2018).

Akibat penulisannya dirasakan biasa, ditambahkan lagi dengan latar belakang penulis itu sendiri yang amat introvert, maka beliau tidak mendapat perhatian daripada para penerbit buku tempatan. Puisi-puisinya jarang dilihat disebarluaskan di media-media sosial.

Disebabkan itu, puisi beliau tidak mendapat komentar daripada orang ramai. Itu juga menjadi faktor kegagalan penulis tersebut tidak menjadi pilihan. Dalam konteks sekarang, bagaimana buruk pun seseorang itu, sekiranya ia mempunyai jumlah pengikut di Instagram dan kautan SUKA (sebut LIKE) yang puluhan ribu akan diterima. Tambahan lagi jika rautan wajah yang comel dan mengghairahkan.

Pemuda berusia 21 tahun ini mula menulis ketika berumur 18 tahun ketika selesai usia persekolahan menengah dan sering menghadiri acara-acara bacaan puisi bawah tanah anjuran kumpulan-kumpulan seni yang tidak berapa mendapat pengiktirafan agensi kerajaan pada waktu itu. Sosok seperti Ayam Fared dan Zahiril Adzim menjadi idola beliau yang pada ketika zaman tersebut, rasa pemberontakan anak muda diekspresikan melalui deklamasi.

Petikan daripada puisinya;

“Kepada hari-hari sunyi yang telah berlalu,

apakah Tuhan menghantar mu padaku,

agar aku bisa belajar,

untuk aku bisa kembali

dan merindui Tuhan yang tidak pernah letih menduga itu?”

Penghayatannya tidak berlandaskan kepada perkembangan politik semasa tetapi sekadar suasana persekitarannya yang sempit. Menurut Kharisma P. Lanang melalui kata pengantar buku yang sama,

“Kiranya kita semua mengerti bila menulis ialah seni membaca diri sendiri, dan ketika saya membaca tulisan-tulisan di ‘Langit yang Jatuh’, saya seperti membaca diri saya sendiri. Tak semua penulis sanggup membuat pembaca menemukan dirinya sendiri pada apa yang ditulis oleh penulis, namun Saufi Tahir sanggup melakukannya dan itu hebat.

Saya lebih menikmati tulisan sederhana, tanpa banyak unsur sastra atau majas, pada tulisan milik Saufi Tahir, saya bisa menikmati kesederhanaan kata-katanya.”

Menurut Alis Kirana (penulis gagal menjejak siapakah individu ini) yang terkandung dalam salah satu halaman “Langit Yang Jatuh”,

“Jujur, ini bukanlah sebuah nukilan. Ini adalah tulisan-tulisan berantakan yang terlahir dari hati yang patah dipancung harapan dan kesunyian.”

Sungguh pun sukar untuk mengenalpasti sesuatu penulisan itu adalah sebuah puisi tetapi dalam pembacaan naskah anak muda ini beliau dapat mencungkil perasaan pembaca kerana apa yang dinukilnya adalah perkara yang berlaku di setiap daripada kita. Penulisan beliau masih lagi dipenuhi kejujuran berbanding karya pertamanya ‘Masih bukan Tuhan’ (2015) yang mana ianya sedikit berat dan mengambil masa untuk difahami begitu sahaja.

Kematangan penulis naskah ini lebih dirasakan dan yakin pembaca juga pasti menikmati tulisan-tulisan patah hati dan bermain dengan rasa yang beliau cuba sampaikan tanpa kiasan – kiasan yang terlalu kritikal.

Atas usaha yang tidak pernah putus asa akibat manuskripnya sering ditolak, pemergiannya ke Jogjakarta sekitar 2015 meluaskan minda pemikirannya sehinggakan dapat menarik bakat penerbit buku sastera anak muda di sana untuk karyanya diterbitkan.

Baginya, proses dalam menghasilkan manuskrip ini agak memakan masa kerana ia adalah berdasarkan pengalaman dalam kehidupan, Seperti penulis lain, manuskrip ditolak beratus-ratus kali untuk mendapatkan hasil yang baik dan sebenarnya manuskrip yang ditolak beratus-ratus kali juga adalah sebuah proses.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Meet Avienne from Penang – the Lead Singer of a Metal Band in Portland, Oregon

The Perils of ‘Live’ TV: Here’s My Own Experience