Soalan:
Apakah perbezaan seni lakon teater dan TV?
Azim via email
Jawapan:
Lakonan diibaratkan sebagai perterjemahan pelakon menguasai gerak hati mempengaruhi fahaman intelek dan logik dalam ekspresi mimik dan emosi satu-satu babak. Lazimnya, ia diterjemahkan dengan perdekatan Mimesis iaitu sebuah proses peniruan. Seperti contoh mimesis -menjadikan orang lain sebagai model.
Seorang pelakon akan mengkaji kehidupan rujukan model mereka terutama jika watak yang dibawa merupakan watak biografi atau adaptasi dari novel, komik dan sebagainya. Jika watak biografi seorang penghibur terkenal suatu ketika dahulu, pelakon perlu mengkaji kehidupan penyanyi secara menyeluruh.
Impersonating memerlukan latihan yang kerap. Pelakon yang baik akan cuba mendapatkan seberapa hampir dengan gaya serta keperibadian model rujukan mereka. Persediaan untuk menjiwai watak memerlukan ketenangan serta konsentrasi .
Pelakon yang sudah mahir mampu menjiwai watak dengan cepat dan sekiranya watak yang bakal dilakonkan itu merupakan watak-watak spin-off atau pun similiarity role yang pernah dilakonkan oleh beliau .
Pemerhatian mendalami watak perlu dikaji dari sudut fizikal dan mental; bahasa tubuh, gaya percakapan, identiti, fesyen yang masyarakat atau penonton akan cuba kaitkan dengan model rujukan. Samada peniruan itu mahu ditonjolkan secara jelas kepada penonton atau sebaliknya terpulang kepada kebijaksanaan seseorang pelakon.
Menjawab soalan ini, di antara perbezaan bentuk lakonan teater dan TV/filem di Malaysia secara amnya adalah:
Teater:
- Peruntukan masa yang mencukupi ketika latihan dalam pembentukan watak dan karektor
- Latihan yang berkali-kali, dan ad-lib tidak digalakkan
- Stamina dan konsistensi
- Pengarah lebih menumpukan aspek lakonan
- Watak utama sering mendapat khidmat acting coach
- Lontaran dialog yang jelas dan bertenaga
- Pergerakan yang dikawal
- Pengerakan yang besar
- Reaksi muka tidak membantu dalam gambaran emosi pelakon
- Naratif bercorak kronologi/linear
- Lakonan bersifat larger than life
- Mengelak kesilapan adalah mandatori
- Kepuasan dari segi lakonan
TV/Filem:
- Lebih popular
- Peruntukan masa tidak mencukupi dalam pembentukan watak kecuali utk lakonan filem atau project TV yang khusus
- Lebih cenderung eksploitasi pelakon dari bakat
- Kurang masa latihan dan ad-lib serta improv sering dipraktiskan
- Seorang pelakon dikira sudah bersedia apabila penggambaran bermula
- Perlu on/off karektor
- Penggambaran dilakukan tidak mengikut kronologi atau turutan
- Aspek teknikal lebih diutamakan
- Pelakon berhak melakukan kesilapan
- Facial expression lebih menonjol
- Emosi di pertingkatkan melalui shot
- Kepuasan hasil lakonan terletak di tangan pengarah serta editor
Jika anda ada sebarang persoalan untuk Esma Daniel mengenai bidang lakonan atau yang berkaitan industri ini, sila emel ke [email protected]
Comments
Loading…